sekian lama ku lalui keperitan ini bila lagi aku akan merasai keindahan?benarkah keadaan memaksa aku
menjadi penakut.. di mana kah kekuatan ku sebagai seorang manusia?manusia indah ciptaan tuhan,manusia yang mempunyai segala kuasa di bumi ini?
aku...aku adalah sebuah kehidupan yang telah ditakdirkan untuk menjalani kehebatan duniawi.bicarakan sesuatu untuk ku..adakah aku perlu merangkak satu persatu persoalan yang melanda hidupku.aku rela menjadi burung yang berterbangan di awan dan rela menjadi bunga yang mekar di taman.biarkan aku melayang mengikut alunan angin lembut dan biarkan aku di petik oleh seorang gadis ayu yang mahu menghargai ku.
Lukisan hidup ku indah tapi begitu abstrak..indah tetapi begitu payah..berikan aku warna-warna yang ceria dan sekata agar ku bisa di bawa ke satu ruang yang mampu menghargai agar mereka sentiasa menjeling pada ku dan menyentuh ku dengan jejari halus.Biarlah aku bisa di amati dan di hargai.
Aku tidak memerlukan ruang yang luas dan indah cukuplah apa yang ku gambarkan dalam jiwa ku ini.Hidupkan wajah ku ,hilangkan pudar lukisan itu dan sematkan aku dengan juntaian dan wangian bunga dan dedaun mu.
Simpanlah ke dalam kotak hiasan mu andai nya aku tak lagi mampu memberi keindahan itu.Lihat ombak pantai itu bergelora seakan-akan mahu menjauhi ku.Lihat pepohon kelapa melambai-lambai mengucapkan selamat tinggal dan lihatlah betapa indah dan luas laut itu yang semakin gelap dan hilang dari pandangan ku..Taut lah aku sekali lagi dalam dakapan mu wahai pemuja ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan