Sabtu, 31 Ogos 2013

Jumaat, 30 Ogos 2013

KECANTIKAN

                Keindahan yang begitu menenangkan fikiran,suasana yang begitu nyaman dan segar!.

Macam-macam definisi kecantikan tetapi yang sebenarnya bukan sahaja kecantikan itu untuk wajah tetapi kecantikan juga  merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan alam semesta. Keindahan alam dan fauna!..Bunyi kicauan burung bersiulan seolah menyanyi dan dedaunan yang  melambai di tiup angin begitu mesra sekali.

















Rabu, 28 Ogos 2013

Selasa, 27 Ogos 2013

Tolong aKU Buat Templat!

             

                      Kenapa aku sakit kepala ?first time buat blog, templat dan layout ..omg! betul-betul menyakitkan.aku kena merangkak sendirian tanpa bantuan dari sesiapa pun.untunglah sesiapa yang ada kawan ke kakak ke atau abang yang tolong buat blog huhu..Sampai sekarang satu pun aku belum buat google sana google sini dah cuba ikut arahan masih juga tak juga dapat-dapat,apa aku lembap sangat kah atau banyak demand pula download ini itu.Masak, makan minum pun tak tentu.Orang sebelah dah mula menjeling..
                      oklah aku stop kat sini dulu..rasa putus asa sangat-sangat! kalau setakat ini sahaja aku mampu buat apa boleh buat geng!Dah ikut macam-macam cara dah nak apply itu ini masih juga tak dapat-dapat.
Thats all guys! i need to rest,rest and rest.pls dont give up! hope sooo......sign off :((

KAKI AYAM MASAK CILI



KAKI AYAM MASAK CILI

1/2 kilo Kaki ayam(yang telah di bersihkan)
Cili kering giling satu mangkuk kecil
Cili merah giling satu mangkuk kecil
Bawang bakong sebiji
Bunga lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Bawang merah 3 biji di tumbuk
Bawang putih   3 ulas di tumbuk
Sedikit halia dan 2 batang serai (juga di tumbuk)
Daun ketumbar(sebagai hiasan)
Segelas air

Cara-Cara;

1.  Panaskan kuali.Tumiskan bawang merah,bawang putih dan bawang bakong bersama.Setelah itu masukkan bunga lawang,cengkih dan kayu manis.Akhir sekali masukkan halia dan serai.

2. Selepas itu masukkan cili kering dan cili merah yang telah di giling.Tumis sehingga naik minyak dan baunya.

3. Bila sudah naik bau dan minyak nya  masukkan kaki ayam yang telah di bersihkan.Gaul rata selepas itu
Bolehlah masukkan air sedikit demi sedikit.Apabila airnya semakin pekat,perlahankan api dan biarkan ia mendidih dan masak sehingga naik minyak nya.

4. Gaul dengan sebati sehingga kaki ayam tersebut lembut dan masak dengan sempurna.
Mengikut selera masing-masing jika suka ia berkuah bolehlah masukkan air sedikit.
5. Akhir sekali hiaskan dengan daun ketumbar.


thats all ..boleh mencuba ringkas dan senang sahaja.. :)





Ahad, 25 Ogos 2013

KETAM MASAK BLACK PEPPER


             
           
KETAM MASAK BLACK PEPPER
Ketam Masak Black Pepper
Bahan-bahannya;

1 kilo ketam (di bersihkan)
bawang putih 3 ulas
bawang merah 3 ulas
sebiji tomato di belah 4
daun ketumbar (untuk hiasan)
rempah black pepper all purpose paste(mas food)sepaket.

Cara-caranya;

Panaskan kuali  .Tuangkan minyak secukupnya dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik baunya.
Masukkan rempah black pepper( mas food) tumis sehingga berbau wangi.dan kemudian masukkan ketam
yang telah di bersihkan.
Masak sehingga semua rempah bergaul dengan ketam.selepas itu masukkan tomato dan daun ketumbar.
Hidangkan.

Menu ringkas dan senang  yang penting sedap.
Selamat mencuba!