 |
| KAKI AYAM MASAK CILI |
1/2 kilo Kaki ayam(yang telah di bersihkan)
Cili kering giling satu mangkuk kecil
Cili merah giling satu mangkuk kecil
Bawang bakong sebiji
Bunga lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Bawang merah 3 biji di tumbuk
Bawang putih 3 ulas di tumbuk
Sedikit halia dan 2 batang serai (juga di tumbuk)
Daun ketumbar(sebagai hiasan)
Segelas air
Cara-Cara;
1. Panaskan kuali.Tumiskan bawang merah,bawang putih dan bawang bakong bersama.Setelah itu masukkan bunga lawang,cengkih dan kayu manis.Akhir sekali masukkan halia dan serai.
2. Selepas itu masukkan cili kering dan cili merah yang telah di giling.Tumis sehingga naik minyak dan baunya.
3. Bila sudah naik bau dan minyak nya masukkan kaki ayam yang telah di bersihkan.Gaul rata selepas itu
Bolehlah masukkan air sedikit demi sedikit.Apabila airnya semakin pekat,perlahankan api dan biarkan ia mendidih dan masak sehingga naik minyak nya.
4. Gaul dengan sebati sehingga kaki ayam tersebut lembut dan masak dengan sempurna.
Mengikut selera masing-masing jika suka ia berkuah bolehlah masukkan air sedikit.
5. Akhir sekali hiaskan dengan daun ketumbar.
thats all ..boleh mencuba ringkas dan senang sahaja.. :)