Suasana sepi semakin menyelubungi ku
.Aku ketakutan kerana seorang diri di rumah .Ayah dan ibu tiada di rumah kerana mereka bermalam di rumah pakcik Zack.Suara burung hantu dan anjing bersahut-sahutan di luar, mereka seolah-olah berpakat membuat irama yang menyeramkan untuk ku.Secara tiba-tiba bulu romaku meremang.

Aku terdengar bunyi tingkap rumah mengerekot.Aku pun berpaling ke arah tingkap tersebut,rupa-rupa nya angin membuat tingkap rumah ku menyebabkan tingkap itu terbuka dengan sendiri. Terasa sejuk dingin wajah ku di sapa angin malam dari luar rumah.Aku dapat melihat pokok pisang yang melambai-lambai daun nya di tiup angin malam, lalu dengan pantas nya aku menutup tingkap tersebut. Jantung ku mula berdegup laju.
Bermacam-macam peristiwa bermain di fikiran ku.Di dalam hati aku cuba membuang jauh-jauh sangkaan buruk itu. Aku cuba menguatkan semangat ku dengan berdoa di dalam hati lalu menghela nafas lega.Baharu sahaja aku hendak mengambil telepon bimbit yang terletak di sebelah ku...
Tiba-tiba aku ternampak bayangan seseorang melintas di hadapan ku.Terlalu cepat dan aku tak dapat mengagak apakah bayangan yang melintas di hadapan ku itu.Jantung ku semakin berdegup laju,bulu roma ku meremang.Suara anjing semakin mendayu-dayu,dadaku berdegup selaju-lajunya.
'Oh Tuhan!kuatkan lah hati dan semangat ku,'aku mula berdoa.
'Minta-minta jangan lah aku terserempak atau terpandang sesuatu',aku berdoa lagi.
Mata ku terbeliak sebaik sahaja terpandangkan lembaga berbaju putih dengan rambut yang menghurai panjang berdiri di hadapan ku.

Jantungku berdegup laju,tangan ku tergetar-getar aku merasa ingin pengsan tetapi ku gagahi dan kuatkan semangat ku.Di dalam hati ku berdoa dengan sepuasnya,belum pun sampai beberapa saat lembaga tersebut hilang dari pandangan ku.Aku cepat-cepat masuk ke bilik lalu menutup seluruh badanku dengan selimut sampai ke hujung kaki.Tangan ku masih tergetar-getar dan aku masih terbayangkan lembaga tersebut membuatkan aku tidak dapat melelapkan mata lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan