Jumaat, 6 September 2013

BACANG (NENEK GODENG STYLE)

http://luvryne.blogspot.com/

Saya ingin berkongsi dengan anda sejenis makanan masyarakat cina yang lebih kepada kuih muih iaitu bacang.
Bacang ini menjadi kegemaran saya sekeluarga.
Bacang ialah sejenis pulut yang berintikan daging.
Isi intinya boleh di gantikan isi ayam atau dengan apa-apa sahaja mengikut selera anda.
Nama bacang nenek godeng style ini saya olahkan sempena nama anak perempuan adik saya.
Bacang ini telah di buat oleh mak mentua adik saya yang membuat bisnes kecil-kecilan menjual bacang di kawasan tempat tinggal mereka.
Itulah keunikan bacang tersebut.
Oleh kerana sangat sedap saya dan keluarga saya akan membelinya setiap kali kami makan angin ke bandar Miri.
Bacang ini di letakan inti terlebih dulu selepas itu di bungkus di ikat dan di rebus sehingga masak.
Bacang boleh di bungkus menggunakan daun yang sesuai mengikut kemahuan anda, daun bungkusan nya juga ada di jual di kedai dan boleh di dapati di kedai ubat cina.
Bentuklah bungkusan bacang ini mengikut kreatifviti anda sendiri yang paling penting ialah sedap!!
Bacang Nenek Godeng Style


Selasa, 3 September 2013

LUKISAN ITU CERITA KU

sekian lama ku lalui keperitan ini bila lagi aku akan merasai keindahan?benarkah  keadaan memaksa aku

Isnin, 2 September 2013

Buah Mempelam Muda

Kerabu Mempelam Muda
Bahannya:

Mempelam muda seikat
Belacan (sebesar ibu jari)
Gula 2 sudu kecil
Garam secukupnya
Cili Padi 5 biji di tumbuk

Cara membuat:

  1. Buah mempelam di hiris memanjang nipis-nipis.
  2. Masukan belacan,gula, garam dan cili yang telah di tumbuk.
  3. Gaulkan hingga sebati rasanya dan boleh di hidangkan dengan nasi putih.