http://luvryne.blogspot.com/
Saya ingin berkongsi dengan anda sejenis makanan masyarakat cina yang lebih kepada kuih muih iaitu bacang.
Bacang ini menjadi kegemaran saya sekeluarga.
Bacang ialah sejenis pulut yang berintikan daging.
Isi intinya boleh di gantikan isi ayam atau dengan apa-apa sahaja mengikut selera anda.
Nama bacang nenek godeng style ini saya olahkan sempena nama anak perempuan adik saya.
Bacang ini telah di buat oleh mak mentua adik saya yang membuat bisnes kecil-kecilan menjual bacang di kawasan tempat tinggal mereka.
Itulah keunikan bacang tersebut.
Oleh kerana sangat sedap saya dan keluarga saya akan membelinya setiap kali kami makan angin ke bandar Miri.
Bacang ini di letakan inti terlebih dulu selepas itu di bungkus di ikat dan di rebus sehingga masak.
Bacang boleh di bungkus menggunakan daun yang sesuai mengikut kemahuan anda, daun bungkusan nya juga ada di jual di kedai dan boleh di dapati di kedai ubat cina.
Bentuklah bungkusan bacang ini mengikut kreatifviti anda sendiri yang paling penting ialah sedap!!
 |
Bacang Nenek Godeng Style
|