 |
AYAM MASAK KICAP
|
BAHAN-BAHAN
I/2 ekor ayam (boleh juga menggunakan peha ayam)
di bersihkan dan di potong mengikut saiz yang anda suka.
Halia sedikit
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 3 ulas
Kulit kayu manis
Serbuk kunyit
Serbuk jintan manis
Sedikit garam dan serbuk perasa
2 Sudu besar kicap manis
2 Sudu besar kicap masin
2 Biji tomato di belah empat
sedikit daun bawang
Sedikit minyak masak
Satu cawan air
CARA-CARA
- Panaskan minyak masak.Tumiskan bawang merah,bawang putih, halia,kulit kayu manis,serbuk kunyit dan serbuk jintan.
- Masukkan ayam dan gaul sehingga berbau wangi.
- Boleh masukkan air sedikit demi sedikit supaya ayam tadi menjadi empuk.
- Apabila sudah empuk boleh lah masukkan kicap manis dan masin.Gaul sehingga sebati sehingga naik sedikit minyak nya.
- Selepas itu masukkan tomato yang di belah empat ,sedikit garam dan serbuk perasa dan juga daun bawang.