![]() |
| DAUN UBI TUMBUK |
Bahan-bahan nya:
Daun ubi seikat( yang sudah di tumbuk)
Ikan bilis segenggam /serai sebatang
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 6 ulas
Belacan sedikit
Cili padi(boleh di tambah jika suka pedas)
minyak 1/2 cawan
Cara memasak(paling mudah sekali)
- Tuangkan minyak masak, apabila kuali mulai panas.Tumiskan bawang putih,bawang merah,serai,belacan dan cili padi yang sudah di tumbuk tadi.
- Setelah naik bau nya boleh lah masukkan daun ubi yang telah di tumbuk.
- Masak sehingga daun nya menjadi lembut sedikit.jangan terlalu lama, sehingga daun ubi berwarna kuning.cukuplah sekadar daunnya menjadi lembut.
- Jikalau hendak berkuah boleh lah tambahkan sedikit air.Sedia untuk di hidang kan,
![]() |
| NASI KERABU DAN RENDANG DAGING |
Nasi Panas(di ambil kira-kira 5 mangkuk kecil nasi yang sudah di masak.)
*kalau hendak membuat nasi kerabu dengan jumlah yang banyak boleh lah tambahkan kuantiti nasi dan bahan bahannya.*
Bunga Kantan seikat di hiris halus
Daun pegaga setengah ikat di hiris halus
Timun sebiji di potong kiub boleh juga di hiris memanjang(mengikut kesukaan anda)
Bawang merah 3 biji di hiris
Bawang putih di hiris halus
Minyak masak sedikit(untuk menumis bawang merah dan putih.
Cara-caranya:
- Panaskan kuali tuangkan minyak masak.Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi.Padam kan api.
- Selepas itu campurkan nasi yang masih panas dengan bunga kantan,daun pegaga dan timun yang sudah di potong selepas itu masukan bawang merah dan bawang putih berserta dengan minyak nya sekali.boleh masukan sedikit garam.
- Gaul sebati kesemua bahan dengan nasi panas tadi sehingga rata.
- Boleh juga di makan bersama dengan rendang daging ,ayam dan kari pun boleh juga.
SENANGKAN SELAMAT MENCUBA.... ;)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan