Isnin, 14 Oktober 2013

AYAM MASAK KICAP

AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN

I/2 ekor ayam (boleh juga menggunakan peha ayam)
di bersihkan dan di potong mengikut saiz yang anda suka.
Halia sedikit
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih   3 ulas
Kulit kayu manis
Serbuk kunyit
Serbuk jintan manis
Sedikit garam dan serbuk perasa
2 Sudu besar kicap manis
2 Sudu besar kicap masin
2 Biji tomato di belah empat
sedikit daun bawang
Sedikit minyak masak
Satu cawan air


CARA-CARA


  1. Panaskan minyak masak.Tumiskan bawang merah,bawang putih, halia,kulit kayu manis,serbuk kunyit dan serbuk jintan.
  2. Masukkan ayam dan gaul sehingga berbau wangi.
  3. Boleh masukkan air sedikit demi sedikit supaya ayam tadi menjadi empuk.
  4. Apabila sudah empuk boleh lah masukkan kicap manis dan masin.Gaul sehingga sebati sehingga naik sedikit minyak nya.
  5. Selepas itu masukkan tomato yang di belah empat ,sedikit garam dan serbuk perasa dan juga daun bawang.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan